Malaysia tetap tolak kekejaman, hubungan diplomatik dengan Israel – Mujahid



Artikel ini telah ditulis pada 5 April 2019 oleh Bernama. Di dalam artikel ini Malaysia teguh dengan pendiriannya untuk menolak dan tidak bersetuju dengan sebarang jenis aktiviti kekejaman Israel terhadap Palestin. Penolakan ini turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Bahkan Rakyat Malaysia juga turut sebulat suara menentang sekeras-kerasnya penindasan ke atas umat Islam di bumi Gaza itu.
Oleh itu, kerajaan melancarkan "Program bacaan Yasin atau Yaasin4Aqsa yang melambangkan simbol kebersamaan dan solidariti umat Islam di negara ini terhadap penderitaan rakyat di Palestin. Beliau juga berkata bahawa benda ringkas bacaan Yasin, tapi ia dibaca dengan penuh penghayatan dan mesej menunjukkan bahawa Malaysia prihatin mendoakan keselamatan dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat Palestin," katanya selepas melancarkan program Yaasin4Aqsa di Masjid Negara di sini malam tadi.
Israel sejak beberapa hari lepas melancarkan serangan ke atas Gaza dan menambah jumlah tentera mereka di kawasan sempadan pada Isnin lalu yang didakwa sebagai tindak balas pelancaran roket oleh Hamas. Israel merampas Gaza pada 1967 secara haram sebelum menarik semula tentera mereka pada 2005 dan sejak itu wilayah itu terus bergolak.

Apa yang dapat disimulkan di sini, semangat juang umat Islam walaupun berbeza negara sangatlah utuh apabila Malaysia sendiri turut mengutuk dan menolak tindakan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

Comments